Encik Mahad Nor Bin Yahaya berumur 67 Tahun,yang mudah di kenali dengan panggilan Pak Cik Mat Nor,salah seorang ahli Pusat Internet 1Malaysia yang sangat aktif dengan penglibatan dan sokongan pada setiap aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Sg Bayor. Beliau pada mulanya tiada apa-apa ilmu pengetahuan dalam ICT. Setelah hampir setiap hari datang belajar dan menyertai kelas di Pusat Internet,kini beliu telah pandai mengunakan komputer dengan sendirinya dan lebih mengagumkan, kini beliau telah pandai menaip surat dengan sendiri dan cekap. Walaupun kesihatan beliu kurang baik dengan mengidap gout,tapi semangat beliau untuk belajar amat tinggi.