HARI KOMUNITI KG. HULU SELAMA

Pada 13 Jun 2015 , bertempat di Padang Kubur Kampung Hulu Selama telah berlangsungnya Hari Komuniti yang telah dirasmikan oleh ADUN Selama, YB Dato' Hj. Mohamad Daud bin Mohd Yusoff. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk komuniti . Selain itu, terdapat juga pameran dari agensi-agensi kerajaan. Sambutan yang sangat meriah dari penduduk setempat.

Antara acara yang diadakan:  
1. Boling kelapa
2. Pertandingan Mewarna
3. Pameran dan persembahan Ular oleh JPAM
4. Pameran dan pemeriksaan kesihatan oleh klinik kesihatan
5. Taklimat CIDB
6. Pertandingan bola sepak
7. Sambut-sambut sayang
8. Pertandingan memasak antara kampung
9. Rebut gula-gula

1505638 1022747441104082 1516587322089143447 n  10399434 1022747544437405 6510674501278377843 n 

 10686625 1022747524437407 548216022805320260 n  11229821 1022747644437395 3616549612683729126 n

 

MAJLIS QURBAN PERDANA DUN SELAMA 2015 

Majlis diadakan pada 26 september 2015,masa 7.00pagi hingga 1.00 petang bertempat di padang sekolah kebangsaan Sg Bayor dianjurkan oleh Yayasan Negeri Perak.

  DSCN0409 

   

 

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 

Semperna hari sukan negara yang bertarikh 10 oktober 2015, komuniti kampung Banggol Jas turut mengambil perluang untuk menjalani aktiviti sukan yang bertempat di sebelah dewan JKKK Banggol Jas pada pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Hari Sukan Negara adalah salah satu program yang telah diinspirasikan oleh Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. YAB Perdana Menteri mengisytiharkan hari Sabtu pertama pada bulan November setiap tahun sebagai sebagai Hari Sukan Negara. Pada asalnya, Hari Sukan Negara telah ditetapkan pada 7 November 2015, namun dipinda kepada tarikh lain disebabkan oleh isu banjir dan musim hujan.  

Oleh yang demikian, tarikh sambutan HSN ini telah ditukar kepada hari Sabtu minggu kedua pada bulan Oktober iaitu pada 10 Oktober 2015. Hal ini demikian  kerana pada tarikh tersebut tiada sebarang sambutan hari perayaan di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Hari Sukan Negara  dianjurkan bagi merealisasikan Wawasan 2020 di samping menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju serta menjadikan masyarakat sebuah komuniti yang berbudaya sukan. 
 
Hal ini demikian kerana, berdasarkan statistik peratusan masyarakat berbudaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah iaitu sekitar 30 peratus berbanding 50 hingga 60 peratus dengan negara-negara maju lain.  

Objektif penganjuran program Hari Sukan Negara adalah untuk memupuk budaya bersukan di samping meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, Program Hari Sujan Negara ini juga dapat mengeratkan perpaduan negara melalui aktiviti yang telah disusun dan direncanakan pihak kementerian.  

Program yang julung kali dianjurkan ini akan berlangsung secara serentak di seluruh negara, melibatkan penyertaan daripada golongan masyarakat setempat seperti,  keluarga dan kanak-kanak, wanita, orang kurang upaya, belia serta warga emas. 
s1  s2
  s3
 
FIESTA LARUT

Buat julung kalinya, Fiesta Larut diadakan pada 29 0ktober 2015 sehingga 1 November di Padang Majlis Daerah Selama. Fiesta Larut ini dianjurkan sempena meraikan pelantikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin selaku Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), pada Julai lalu.Lokasi utama bagi pesta empat hari itu adalah di Selama dan beberapa lokasi lain dan akan dirasmikan oleh Menteri KPDNKK. Setiausaha Sulit kepada Datuk Hamzah, Mohd Amran Abdul Rahman berkata, melalui pesta ini dapat membuka peluang kepada rakyat di Parlimen Larut melalui agensi-agensi di bawah KPDNKK. Program ini diadakan bertujuan untuk menunjukkan bahawa Parlimen Larut mempunyai seorang Menteri yang dapat membantu penduduk di kawasan ini melalui agensi-agensi di bawah kementerian tersebut. Ada pelbagai acara menarik untuk pengunjung yang hadir ke pesta tersebut.Tambahnya lagi, Fiesta Larut tersebut telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Larut dengan kerjasama KPDNKK dan juga KL Event. Acara yang turut diadakan sepanjang pesta tersebut berlangsung ialah konvoi untuk mengagihkan barangan kepada penduduk di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Larut.Aktiviti lain yang menarik ialah ceramah perdana selama 60 minit bersama penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal. Turut diadakan adalah wayang pacak bagi menarik perhatian golongan muda, dan konsert yang akan menampilkan artis-artis tempatan seperti Hafiz, Marsha Milan dan beberapa artis lain. Selain itu, terdapat juga pertunjukkan belon udara panas dan pertandingan memasak yang akan dihadiri oleh Chef Jaafar Onn dan juga beberapa chef terkenal tanah air. Orang ramai juga turut dipersembahkan dengan pertunjukkan bunga api selama 30 minit pada pesta tersebut.

 12111944 953403844698854 7170468400687477664 n  12074755 953403878032184 7041252170019685884 n

12108961 953403811365524 2247688874385373516 n 

12115673 988136141249590 2948951000188165599 n 12191449 987999397929931 7309007254231227024 n

 11037179 987999061263298 661515531424801915 nIMG-20151101-WA0021 

IMG-20151101-WA0004  IMG-20151101-WA0018

 

Mesyuarat Kelab Sukan Kampung Banggol Jas

Mesyuarat diadakan pada 29 Mac 2016,masa 9.00malam hingga 11.00 malam bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Sungai Bayor.

DSCN0547 DSCN0548 

DSCN0549 DSCN0550

PERTANDINGAN MEMANCING

Tarikh : 20/03/2016

Masa   :3.00 petang hingga 6.00 petang

Tempat : Kolam Pancing Wak Dol,Kampung Banggol Jas,Perak.

IMG-20160320-WA0007 IMG-20160320-WA0006 IMG-20160320-WA0004

PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG

Tarikh : 13/ 04/ 2016

Masa   : 3.00 Petang hingga 6.00 petang

Tempat : Kampung Parit Dalam, Kg banggol Jas, Perak.

IMG-20160413-WA0034 IMG-20160413-WA0032 IMG-20160413-WA0031

PENGGAMBARAN TELEFILEM "BIDADARI"

Tarikh   : 5 May 2016 hingga 17 May 2016

Tempat : Mukim ulu Selama ( Kg Teluk Mas,Kg Sungai Siputeh,Kg Sungai Berdarah,Kg Tapah,Kg Garok Dan Kg Lubuk Buaya)

Telefilem yang bertajuk "Bidadari" 

“Bidadari menggandingkan Aiman, Beto dan Tya yang terperangkap dalam rasa cinta. Karya ini merupakan sebuah kisah klasik seram yang berkisarkan mengenai percintaan antara tiga individu yang berada dalam dua alam yang sangat berbeza,” Pelakon Aiman Hakim Ridza dan Beto Kusyairy terperangkap dalam cinta tiga segi dengan aktres kelahiran Indonesia, Tya Arifin. Kisah cinta mereka itu merupakan antara salah satu babak yang terkandung dalam telefilem Bidadari arahan pengarah tersohor Osman Ali yang bakal ditayangkan menerusi slot Karya 12.Menampilkan latar masa 1960-an, Osman meluahkan rasa bimbang ketika dirinya berada di awal proses untuk merealisasikan telefilem Bidadari.

Jangan lupa saksikan telefilem Bidadari arahan Osman Ali dalam slot Karya 12. Bidadari disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Citra (131) dan Mustika HD (134). Gunakan hashtag #Karya12 #Bidadari untuk berinteraksi mengenai telefilem ini di laman sosial. 

Credit to http://www.kbergetar.com/2016/06/telefilem-bidadari-karya-12-astro.html#ixzz4CY4oB6zV

13256074 10208265550371428 3225052108316320394 n13051569 10208163156291640 1017059297168436118 n 13177638 10208163164291840 5529542428586205936 n 13221696 10208163159211713 5860278871299230630 n13221721 10208163162771802 4512863808053715030 n

 PROGRAM DASHBOARD DAY PUSAT INTERNET 1MALAYSIA CLUSTER PERAK UTARA 2016

Pada 20 november 2016 telah berlansung program dashboard day pusat internet 1malaysia cluster perak utara 2016,bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Sungai Bayor,di rasmikan oleh Hj.Khiyarrurahman Bin Hj.Abdullah. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan.

IMG-20161121-WA0000 IMG-20161121-WA0001 IMG-20161121-WA0003

PROGRAM LITERASI ICT

Tarikh : 18 Febuari 2017

Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Sungai Bayor

Waktu  : 9 pagi hingga 5 petang

photo 2017-03-03 16-10-45photo 2017-03-03 16-11-57 photo 2017-03-03 16-12-16

SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2017

Tarikh : 02 April 2017 (Ahad)

Tempat : Taman Tasik Selama,Perak.

Masa : 08.30 Pagi

whatsapp image 2017-03-23 at 10