http://sgbayor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId417a32a6c3
Lapang sasar memanah 3D ini merupakan yang pertama di Malaysia. Terletak di tengah-tengah hutan kebun Air Jas 2.5km dari Jalan Besar Kg. Sg. Siputeh. Berkonsepkan pemburuan, pengunjung perlu siap dengan pakain dan kasut yang sesuai. Para pengunjung perlu berjalan selama 15-20 minit untuk sampai ke lokasi lapang sasar membolehkan para pengunjung menikmati pemandangan dan pengalaman yang menarik. Lapang sasar 3D ini direka untuk mencabar pemanah sehingga ke tahap kemahiran yang tinggi, minda, fizikal dan kesabaran.
Waktu operasi: Isnin-Khamis (11am-6pm)
Jumaat, Sabtu, Ahad daan Cuti umum : (8am-6pm)
Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi 019-9390409
ramai wartawan, media, bloger dan orang perseorangan mula memberi perhatian tentang telaga gergasi dan bertanya kenapakah pihak British membinanya..
link/pautan berkaitan telaga gergasi pada mereka yang masih belum mengetahui keunikkan telaga besar ini.
https://www.orangperak.com/keunikan-telaga-bersaiz-gergasi-…
http://sgbayor.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId765d2bd6f6
LAPANG SASAR MEMANAH 3D
Lapang sasar memanah 3D ini merupakan yang pertama di Malaysia. Terletak di tengah-tengah hutan kebun Air Jas 2.5km dari Jalan Besar Kg. Sg. Siputeh. Berkonsepkan pemburuan, pengunjung perlu siap dengan pakain dan kasut yang sesuai. Para pengunjung perlu berjalan selama 15-20 minit untuk sampai ke lokasi lapang sasar membolehkan para pengunjung menikmati pemandangan dan pengalaman yang menarik. Lapang sasar 3D ini direka untuk mencabar pemanah sehingga ke tahap kemahiran yang tinggi, minda, fizikal dan kesabaran.
Waktu operasi: Isnin-Khamis (11am-6pm)
Jumaat, Sabtu, Ahad daan Cuti umum : (8am-6pm)
Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi 019-9390409
LATA TEBING TINGGI
Lata Rambong yang berlokasi di Sg. Siputeh,Di sini terdapat satu tarikan yang dapat menggamit kehadiran pelancong iaitu dengan wujudnya Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi yang sememangnya cukup istimewa. Sebab itulah ia menjadi destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Perjalanan ke sini juga terasa amat sekejap dek kerana asyik melihat keindahan pokok-pokok dan tumbuhan hijau. Pengunjung boleh datang dengan berkereta atau menaiki motosikal kerana jalan masuk ke kawasan air terjun ini telah diturap. Sebuah papan tanda kecil diletakkan untuk kemudahan pengunjung yang pertama kali datang ke sini. Jika inginkan kepastian, penduduk kampung sedia membantu menunjuk arah ke Lata Tebing Tinggi. Kejernihan air terjun dan kawasan untuk mandi manda yang luas membolehkan pengunjung memilih tempat yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. Kicauan burung dan unggas hutan pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang bertandang ke sini. Jika inginkan sesuatu yang lebih mencabar, pengunjung boleh meneroka sehingga ke kawasan di sebelah atas untuk melihat air terjun. Untuk melihat sendiri keindahan alam semula jadi, flora dan fauna yang masih terpelihara dan merasai kedinginan air terjun, orang ramai boleh berkunjung ke Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi yang terletak di Selama ini. Tiada bayaran dikenakan dan pengunjung pasti akan berpuas hati setelah berkunjung di sini.
LATA DAMAK
Lata Damak Selama Perak merupakan kawasan perkelahan yang sesuai untuk dikunjungi jika anda ingin menikmati ketenangan dan keindahan alam semulajadi. Terdapat air terjun yang mempersonakan dan aliran sungai yang tidak kuat dan memang selamat bagi kanak kanak serta keluarga untuk mandi manda dan berehat di sekitar kawasan itu.Untuk kesana tidak susah, dari Pekan Selama Perak hanya dalam 20minit ke 30 minit sahaja untuk sampai ke situ. Selepas Balai Polis Sg Bayor terdapat Sekolah Rendah Kebangsaan Sg Bayor, cuma perlu masuk jalan mini tar di sebelah Sekolah Rendah Kebangsaan Tersebut. Dalam masa 10 minit pasti anda akan sampai ke Lata Kg Damak.
LATA TEBING TINGGI
Pekan Rantau Panjang terletak kira-kira 3km daripada Pekan Selama . Perjalan Pekan Selama ke pekan ini mengambil masa kira-kira 10 minit ke perjalanan ke pekan Rantau Panjang .Tempat perkelahan ini sering kali menjadi tumpuan ramai ada penduduk tempatan juga yang datang daripada luar terutama pada hujung minggu. Terdapat juga para pelajar dan persatuan yang mengadakan perkhemahan di sisni. Antara kemudahan yang di sini termasuklah tandas,bilik persalinan, gerai makan, tempat berehat/ makan ,surau dan tempat letak kereta yang luas. Para pengunjung pasti akan terpesona dengan pemandangan alam sekeliling yang hijau ,air terjun yang jernih dan sejuk. Selamat berkunjung ke Lata Tebing Tinggi, Selama Perak.
KEM AS -SALAM
Madrasah Tahfis Nur As Salam atau lebih di kenali sebagai Pondok Tahfiz Bukit Salim di Sungai Bayor Selama Perak. Ia merupakan Pusat Tahfiz Al -Quran dengan sumber kewangan yang terhad namun berjaya mengeluarkan pelapis ulama yang akan berbakti kepada islam. Terbuka kepada semua pelajar lepasan UPSR, dengan yuran bulanan serendah RM150 (setakat penulisan ini ditulis). Antara salah satu sumber Pusat Tahfiz ini ialah Kem Motivasi dan reakreasi yang merupakan tanah wakaf kepada pusat tersebut. Pusat atau Kem Motivasi ini memang menarik untuk dijadikan sebagai latihan atau motivasi buat golongan pelajar. Dilengkapi dengan kemudahan dengan bekalan air serta elektrik(mengunakan generator). Terdapat juga dewan yang berfungsi sebagai surau,dapur untuk memasak, empat kabinet besar yang boleh memuatkan hampir 30 pelajar bagi satu-satu masa,serta dua rumah untuk fasilitator yang di lengkapi dengan kipas, lampu serta katil. Mengambil masa perjalanan dari Bandar Selama hampir 40 minit, tempat ini menawarkan suasana nyaman, penuh"privasi", serta air lata yang cukup menyegarkan. Laluan boleh sampai kesana dengan menggunakan kereta melalui jalan kampung. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustaz Yusuf 013-5293318 atau En.Zul 019-5406403.