Perusahaan daun getah berlokasi di Kg. Garok, Sg. Bayor merupakan program keusahawanan di bawah bimbingan RISDA. Sudah ramai usahawan yang dilahirkan oleh RISDA dalam bidang ini. Bagi para usahawan yang telah mahir mereka akan diundang untuk memberi tunjuk ajar menerusi bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh pihak RISDA khususnya bagi mereka yang baru hendak menceburi bidang ini.Produk ini mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha yang bergiat secara serius. Harga sekilo daun getah yang siap dikeringkan ialah RM350.00 sehingga RM400.00 bergantung kepada saiz daun. Manakala produk yang mampu dihasilkan oleh sekilo daun getah yang siap diproses ialah sekitar 10 ribu kuntum bunga termasuk aksesori lain daripada daun getah. Sekuntum bunga daripada daun getah siap berharga RM3.50.untuk maklumat lanjut anda boleh berkunjung ke lokasi perusahaan atau ke RISDA.

Atap Rembia Enterpriser yang di usaha oleh Encik Mohd Ridzuan Bin Harun pengusaha pembuatan parang sudah mencecah 3 tahun secara kecil-kecilan di kediaman beliau yang beralamat 13 Jalan Kg Paya, 34100 Selama,Perak. Antara produk yang beliau buat ialah mata pisau, keris, parang,golok, sarung dan ulu pemegang parang tersebut. Produk beliau mendapat sambutan penduduk sekitar selama perak untuk kegunaan sendiri dan koleksi. Tempoh masa sesuatu produk mampu disiapkan  bergantung mengikut bentuk dan saiz produk tersebut. Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi beliau di talian 017-4728182 / 012-4905318 .

Diusahakan oleh Puan Zuraina Bt Idris dan suaminya,produk tersebut di hasilkan di rumah mereka sendiri yang beralamat Z -21 Kampung Masjid,Rantau Panjang 34140 Selama,Perak. Terdapat 17 jenis produk yang di keluarkan oleh Zuraina Enterprise. Produk mereka di pasarkan di sekitar Perak,Kedah,Kuala Lumpur. Kelebihan produk tidak menggunakan pengawet,bahan mentah terpilih, berkualiti dan produk boleh bertahan selama setahun jika disimpan di dalam freezer bersuhu -18oc .  Sekiranya berminat boleh hubungi di talian 019- 5522180 / 019-4651965 atau boleh kunjungi ke kediaman beliau.